Kota Bharu rekod judi online tertinggi di Kelantan tahun lalu

Muhamad Zaki
Muhamad Zaki
A
A
A

KOTA BHARU - Daerah Kota Bharu merekodkan kes judi 'online' tertinggi di negeri ini apabila sebanyak 37 kertas siasatan telah dibuka sepanjang tahun lalu.

Perkara terbabit didedahkan Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun kepada pemberita semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan pada Ahad.

Beliau berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak 27 kertas siasatan telah berdepan pendakwaan.

"Lapan kes sudah selesai manakala dua lagi dalam siasatan.

"Selain Kota Bharu, Pasir Mas merupakan daerah kedua apabila merekodkan 27 kertas siasatan diikuti Tanah Merah (24), Machang (23), Tumpat (17) dan Jeli (10). Pasir Puteh dan Bachok masing-masing sembilan, Gua Musang (5) dan Kuala Krai (2)," katanya

Menurut beliau, sepanjang Januari hingga Ahad sebanyak 83 kes judi online telah direkodkan dan daripada jumlah tersebut, Pasir Mas serta Tanah Merah merekodkan kertas siasatan paling tinggi dengan 14 kes.

"Diikuti Kota Bharu 13, Bachok (9), manakala Tumpat, Pasir Puteh dan Machang masing-masing tujuh. Kuala Krai (6) dan Jeli serta Gua Musang (3)," katanya.

Muhamad Zaki memberitahu, kesemua kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!