Salah guna darjah kebesaran, polis akan tahan Mohd Fared

Laporan Sinar Harian
Laporan Sinar Harian
A
A
A

KOTA BHARU - Polis Kelantan akan menahan Mohd Fared Abdul Ghani dalam masa terdekat atas kesalahan menyalahgunakan darjah kebesaran ‘Datuk Seri’ palsu.

Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, tindakan itu selepas pihaknya menerima arahan daripada pihak pendakwaan bagi membawa lelaki terbabit untuk dituduh di mahkamah.

"Ketika ini kita masih mengesan (Mohd Fared) dan dijangka ditangkap dalam masa terdekat.

"Ini berikutan siasatan sudah selesai dan kita juga ada menerima arahan daripada pihak pendakwaan terhadap penama ini dibawa untuk pertuduhan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini pada Ahad.

Media sebelum ini melaporkan, polis memburu seorang lelaki disyaki menyalahgunakan darjah kebesaran ‘Datuk Seri’ palsu.

Muhamad Zaki berkata, pihaknya menerima satu laporan daripada seorang pengadu yang melihat rakaman YouTube bahawa lelaki yang menggunakan gelaran itu mengeluarkan kenyataan berhubung penggantungan dua ahli Persatuan Tinju Kelantan menerusi saluran televisyen tempatan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!