Penganggur ditahan rogol kekasih bawah umur hingga hamil

Siasatan mendapati remaja terbabit telah melakukan hubungan seks ketika berumur 15 tahun dengan teman lelaki yang dikenali selama setahun.
Siasatan mendapati remaja terbabit telah melakukan hubungan seks ketika berumur 15 tahun dengan teman lelaki yang dikenali selama setahun.
A
A
A

AMPANG - Seorang lelaki diberkas Jumaat lalu dipercayai merogol teman wanitanya yang masih di bawah umur sehingga mengandung di sebuah rumah flat dekat sini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, laporan sebelum itu dibuat pegawai perubatan sebuah hospital pada 18 Jun lalu.

"Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, individu terbabit menerima pesakit wanita berumur 16 tahun yang didapati tahap sel darah merahnya rendah.

"Hasil pemeriksaan mendapati remaja berkenaan hamil dan usia kandungan adalah 32 minggu," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Katanya, siasatan mendapati remaja terbabit telah melakukan hubungan seks ketika berumur 15 tahun 9 bulan dengan teman lelaki yang dikenali selama setahun.

"Seorang lelaki kemudiannya ditahan kira-kira jam 12 tengah hari pada Jumaat lalu dipercayai teman lelaki mangsa.

"Suspek yang tidak bekerja itu ditahan di sekitar kawasan Wangsa Maju dan saringan air kencing dijalankan mendapati suspek bebas daripada sebarang pengaruh dadah," katanya.

Menurutnya, suspek kini direman tujuh hari bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!