Tiada keperluan Wisma Putra tubuh jawatankuasa kesan rakyat hilang luar negara

Mohamad semasa menjawab pertanyaan pihak media selepas majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jasin di Dewan Alamanda Jasin pada Ahad. Foto Bernama
Mohamad semasa menjawab pertanyaan pihak media selepas majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jasin di Dewan Alamanda Jasin pada Ahad. Foto Bernama
A
A
A

JASIN - Tiada keperluan bagi Wisma Putra untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengesan rakyat Malaysia yang dilaporkan hilang di luar negara, kata Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata, keputusan tersebut berdasarkan Malaysia mempunyai kedutaan atau Pesuruhjaya Tinggi di hampir semua negara, malah terdapat 111 perwakilan atau cawangan, dan ini membolehkan sebarang bentuk bantuan disalurkan kepada mereka yang memerlukan, termasuk kes kehilangan ahli keluarga di luar negara.

"Kita tak perlu tubuhkan jawatankuasa tersebut kerana jumlah rakyat yang hilang itu tak ramai pun. Bagaimanapun, kita sentiasa mengalu-alukan rakyat negara ini yang memerlukan bantuan daripada kedutaan Malaysia di luar negara.

"Mereka (yang perlukan bantuan) boleh berhubung dengan Wisma Putra bagi mendapatkan maklumat serta bantuan, dan kita akan uruskan supaya dapat mengarahkan atau minta bantuan kedutaan kita.

"Tapi kadang-kadang mereka itu sendiri (yang hilang) tidak mahu orang tahu di mana mereka berada, jadi susah sikitlah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jasin di sini pada Ahad. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: