Anwar terkesan dengan pemergian Tanri Abeng

Hantaran Anwar di laman Facebook.
Hantaran Anwar di laman Facebook.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan rasa terkesan dengan pemergian sahabat beliau iaitu bekas Menteri Negara Pendayagunaan Badan Usaha Milik Negara (BUMN) Indonesia, Dr Tanri Abeng Palehe yang meninggal dunia di Jakarta pada Ahad.

"Telah berpulang ke rahmatullah sahabat saya Dr H Tanri Abeng Palehe. Beliau pernah berkhidmat sebagai Menteri Negara Pendayagunaan BUMN dalam Kabinet Presiden Soeharto.

"Sebagai sahabat saya tentunya terkesan dan mendoakan agar Tuhan mengampuni segala dosanya selama hidupnya.

"Semoga rohnya ditempatkan bersama kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh, Insya-ALLAH,” kata beliau menerusi hantaran di laman Facebook.

Memetik laporan ANTARA News, Tanri Abeng yang juga pernah berkhidmat di zaman pentadbiran Presiden BJ Habibie menghembuskan nafas pada usia 82 tahun. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!