Tak sempat ke hospital, lelaki maut kereta bertembung

Keadaan Proton Persona selepas bertembung dengan kenderaan dinaiki mangsa pada pagi Ahad.
Keadaan Proton Persona selepas bertembung dengan kenderaan dinaiki mangsa pada pagi Ahad.
A
A
A

SETIU - Seorang lelaki maut apabila kereta dipandu bertembung dengan sebuah lagi kenderaan dalam kemalangan di Kilometer (KM) 40, Jalan Kampung Merang di sini, pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintenden Mohd Zain Mat Dris berkata, dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa Mohd Shaifizi Fazli Rameli, 35 yang bekerja sebagai pemandu lori meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian dada.

Menurutnya, ketika kejadian mangsa yang memandu Proton Wira dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Padang Kemunting, Batu Rakit, Kuala Terengganu menghala ke Hospital Besut.

"Nahas dipercayai berlaku ketika kenderaan dipandu mangsa hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah kereta Proton Persona dipandu lelaki berusia 31 tahun bersama isteri dan seorang anak.

"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan bertugas dan dihantar ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk tindakan lanjut," katanya di sini, pada Ahad.

Beliau berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!