69 peratus sekolah jadi tempat perlindungan di Gaza rosak akibat serangan Israel

Orang awam memeriksa kerosakan di sebelah runtuhan bangunan yang musnah akibat serangan Israel di kem pelarian al-Shati di bandar Gaza. Foto AFP
Orang awam memeriksa kerosakan di sebelah runtuhan bangunan yang musnah akibat serangan Israel di kem pelarian al-Shati di bandar Gaza. Foto AFP
A
A
A

BAITULMUQADDIS - Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) pada Ahad mendedahkan bahawa 69 peratus bangunan sekolah yang berfungsi sebagai tempat perlindungan bagi mereka yang tiada tempat tinggal di Gaza telah rosak atau terkena serangan udara Israel.

Dalam kenyataan ringkas yang dipaparkan di laman X, UNRWA menekankan bahawa tiada tempat yang selamat di Gaza, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).

Agensi itu mengecam pengabaian ketara terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan menyeru agar gencatan senjata segera dilaksanakan. - Bernama-Wafa

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: