'Jenazah bapa mentua terkandas selamat dikebumikan' - Mohd Ariff

Kenderaan jenazah membawa bapa mentua yang telah meninggal dunia dalam perjalanan dari Sandakan ke Bongawan, Papar.
Kenderaan jenazah membawa bapa mentua yang telah meninggal dunia dalam perjalanan dari Sandakan ke Bongawan, Papar.
A
A
A

KOTA KINABALU - Selepas kisah seorang lelaki terkandas di tepi jalan bersama bapa mentuanya yang meninggal dunia tular di media sosial, akhirnya jenazah tersebut selamat tiba di Bongawan, Papar, untuk dikebumikan pada Ahad.

Maklumat terkini itu disampaikan menerusi pemilik akaun Facebook yang sama dikenali sebagai Mohd Ariff Ahmad yang sebelum itu telah berkongsi mengenai kisahnya terkandas selama beberapa jam di simpang jalan Kota Belud ketika dalam perjalanan dari Sandakan ke Bongawan.

Mohd Ariff turut menjelaskan bahawa pihak Hospital Tuaran telah smpai di tempat kejadian dan hanya mengesahkan kematian bapa mentuanya, namun tidak membawa jenazah ke hospital terlebih dahulu.

"Sementara itu, pihak hospital juga memberitahu agar mengurus sendiri van jenazah, lalu mereka beredar dari tempat kejadian.

"Setelah itu, saya menghubungi rakan saya yang bernama Azhari Jaafar untuk menghubungi van jenazah yang berhampiran dengan lokasi kejadian.

"Setelah dua jam setengah menunggu, maka datanglah kereta jenazah dari kampung Ketiau, Putatan, membawa jenazah pulang ke Bongawan untuk diuruskan dan dikebumikan oleh keluarga yang berada di Bongawan," katanya dalam hantaran terbaharu di Facebook.

Sinar Harian pada Ahad melaporkan lelaki tersebut dalam keadaan pilu apabila terkandas bersama jenazah bapa mentuanya selepas kenderaan mereka rosak.

Dalam keadaan terkandas, pemilik akaun cuba mendapatkan bantuan dengan membuat hantaran dan video secara langsung selama lebih 40 minit mengenai keadaannya yang sedang terkandas.

Artikel Berkaitan:

Menurut perkongsiannya itu juga, lelaki tersebut mahu membawa bapa mentuanya menetap di kampung tetapi telah meninggal dunia dalam perjalanan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!