107 rumah rosak akibat ribut di Perlis

Kebanyakan rumah tersebut rosak pada bahagian bumbung akibat diterbangkan angin kencang dalam kejadian ribut itu. Foto Facebook APM Kuala Perlis
Kebanyakan rumah tersebut rosak pada bahagian bumbung akibat diterbangkan angin kencang dalam kejadian ribut itu. Foto Facebook APM Kuala Perlis
A
A
A

KANGAR - Jumlah rumah rosak akibat dua kejadian ribut yang melanda Perlis pada Ahad dan Jumaat lepas meningkat kepada 107 rumah menurut rekod Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) setakat jam 8.18 malam ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor berkata, berdasarkan angka yang dikemas kini pihaknya dari semasa ke semasa sebanyak 96 rumah rosak akibat ribut pada hari ini, manakala 11 rumah lagi rosak dalam kejadian Jumaat lepas.

Beliau berkata, kebanyakan rumah tersebut rosak pada bahagian bumbung akibat diterbangkan angin kencang dalam kejadian ribut itu.

Menurutnya, antara kawasan terjejas akibat ribut hari ini ialah kariah Behor Mentaloon, Bunga Emas, Chemumar, Guar Syed Alwi, Mata Air, Orang, Kurung Batang, Sungai Baru, Kampung Belukar, Seberang Tok Pi dan Simpang Salang

"MAIPs akan bekerjasama dengan beberapa agensi kerajaan negeri termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis untuk turun ke lapangan bagi mengenal pasti keperluan dan agihan bantuan agar ia dapat disalurkan secepat mungkin, Insya-ALLAH," katanya kepada Bernama malam ini.

Difahamkan kejadian ribut pada hari ini berlaku kira-kira 2 pagi tadi, manakala Jumaat lepas berlaku kira-kira 7 pagi. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!