Pemangku Sultan Johor ke majlis ramah mesra PDRM

Tunku Mahkota Ismail berkenan berangkat ke Majlis Ramah Mesra bersama Kontinjen Polis Diraja Malaysia (PDRM) Negeri Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor pada Ahad. Foto Bernama
Tunku Mahkota Ismail berkenan berangkat ke Majlis Ramah Mesra bersama Kontinjen Polis Diraja Malaysia (PDRM) Negeri Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor pada Ahad. Foto Bernama
A
A
A

JOHOR BHARU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan berangkat ke Majlis Ramah Mesra bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini pada Ahad.

Baginda diiringi Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor serta paduka anakanda.

Pada majlis berkenaan, baginda dipersembahkan dengan pertunjukan motosikal berkuasa tinggi serta demonstrasi Unit Anjing Pengesan (K9).

Tunku Mahkota Ismail berkenan melakukan bidikan sebagai simbolik pembukaan persembahan anggota polis ketika berangkat ke Majlis Ramah Mesra bersama Kontinjen Polis Diraja Malaysia (PDRM) Negeri Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor pada Ahad. Foto Bernama

Turut dipersembahkan demonstrasi Kawalan Rapat Keselamatan dan Pengeluaran Orang Kenamaan (VVIP) oleh Unit Tindak Khas Pasukan Gerakan Khas dan payung terjun Pasukan Gerakan Khas 69 Komando PDRM. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: