Cari alternatif lain, bantu tenaga mahir tempatan

Boikot barangan yang memberi bantuan atau sumbangan kepada Israel perlu dilaksanakan dengan menghentikan pembelian produk berkaitan negara haram itu secara keseluruhan.
Boikot barangan yang memberi bantuan atau sumbangan kepada Israel perlu dilaksanakan dengan menghentikan pembelian produk berkaitan negara haram itu secara keseluruhan.
A
A
A

BOIKOT barangan yang memberi bantuan atau sumbangan kepada Israel perlu dilaksanakan dengan menghentikan pembelian produk berkaitan negara haram itu secara keseluruhan.

Sebelum ini, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mempertahankan keputusan kerajaan membenarkan BlackRock, firma yang didakwa mempunyai kaitan dengan Israel, memiliki pegangan dalam Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

Gerakan Boycott, Divestment, Sanctions Malaysia (BDS Malaysia) pula menggesa kerajaan untuk memboikot syarikat pelaburan yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu atas sebab-sebab tertentu.

Ia disebabkan syarikat berkenaan mempunyai kepentingan besar yang membekalkan senjata kepada Israel, iaitu Lockheed Martin, RTX, Northrop Grumman, Boeing dan General Dynamics.

Tindakan kerajaan itu turut mendapat respons daripada pemimpin UMNO yang menyindir pihak yang mendakwa kononnya mereka membantah penjualan saham MAHB kepada BlackRock melalui Global Infrastructure Partners (GIP) sebagai 'pahlawan'.

Namun, adakah mudah untuk kerajaan memboikot syarikat-syarikat pelaburan yang sudah lama bekerjasama bagi menjana pendapatan dan meningkatkan ekonomi negara?

Sudah semestinya banyak prosedur dan kaedah yang perlu dilaksanakan untuk menghentikan kerjasama antara Malaysia dengan syarikat yang mempunyai hubungan dengan negara haram tersebut.

Justeru, kerajaan seharusnya mencari alternatif lain supaya tidak berlaku kemelesetan ekonomi dan pendapatan negara ini kerana kekurangan tenaga mahir.

Artikel Berkaitan:

Lebih membimbangkan, tenaga mahir tempatan yang berpengalaman kebanyakannya sudah ‘melarikan diri’ ke negara-negara luar yang lebih menghargai bakat mereka.

Seandainya majikan lebih membuka mata mencari tenaga mahir tempatan untuk diberikan peluang pekerjaan dengan gaji yang tinggi, sudah pasti mereka tidak akan ke luar negara sekali gus membantu ekonomi Malaysia.

Ini kerana tenaga mahir tempatan boleh mengembangkan industri yang diperlukan walaupun ada bidang yang memerlukan bantuan daripada pekerja asing.

Dalam pada itu, rakyat juga seharusnya dididik untuk memilih barangan tempatan bagi membendung kemasukan produk luar negara terutama dari Israel.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!