70 paku besar berkarat 'bersarang' dalam perut

Sebanyak 70 paku besar berkarat berjaya dikeluarkan dari perut seorang lelaki. Foto Agensi
Sebanyak 70 paku besar berkarat berjaya dikeluarkan dari perut seorang lelaki. Foto Agensi
A
A
A

INDRAMAYU - Usaha keras pakar bedah di Rumah Sakit Umum Daerah (RSUD) Indramayu, wilayah Jawa Barat di Indonesia ini wajar menerima pujian setelah pasukan perubatan itu berjaya mengeluarkan puluhan paku berkarat dari perut seorang lelaki.

Salah seorang pakar bedah yang terlibat prosedur mencabar itu, Rahmat memberitahu pesakit itu berusia 22 tahun dan dipercayai mengalami masalah gangguan jiwa (ODGJ).

Tindakan yang berisiko mengancam nyawanya itu terbongkar selepas dia menjalani pemeriksaan X-ray.

Imej tersebut jelas memaparkan banyak paku bersaiz besar 'bersarang' dalam perutnya.

"Pembedahan segera dilakukan pada Sabtu. Sebanyak 70 objek berbahaya itu berjaya dikeluarkan selepas prosedur selama dua jam," ujarnya sambil menambah punca sebenar dia bertindak sedemikian masih tidak diketahui.

Difahamkan, pesakit yang sememangnya bernasib baik itu sedang menjalani rawatan susulan. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!