Kerajaan, pembangkang perlu tingkat usaha perbaiki gred ‘F’

Bersih mendakwa sehingga kini tidak kelihatan apa-apa pembaharuan yang dilakukan kerajaan berhubung reformasi pilihan raya, manakala pembangkang dinilai sebagai lemah apabila kurang memainkan peranan dan tiada hala tuju jelas.
Bersih mendakwa sehingga kini tidak kelihatan apa-apa pembaharuan yang dilakukan kerajaan berhubung reformasi pilihan raya, manakala pembangkang dinilai sebagai lemah apabila kurang memainkan peranan dan tiada hala tuju jelas.
A
A
A

GABUNGAN Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang memberikan markah ‘F’ terhadap prestasi Kerajaan Perpaduan dan pembangkang sekarang mungkin tepat atau boleh dianggap keterlaluan.

Apa yang pasti, kedua-dua pihak itu belum mencapai tahap membanggakan dalam memainkan peranan masing-masing melibatkan kepentingan rakyat dan negara.

Penilaian tersebut tidak boleh dipandang enteng kerana perjuangan Bersih pernah mendapat sokongan Pakatan Harapan (PH) dan Pas terutama berkait reformasi institusi serta pilihan raya.

Malah pemimpin PH dan Pas turut menyertai beberapa siri perhimpunan serta demonstrasi jalanan anjuran Bersih suatu ketika dahulu dengan matlamat untuk ‘membersihkan’ perjalanan pilihan raya di negara ini.

Antara perkara dituntut ialah pilihan raya bebas dan adil; mereformasikan undi pos; tempoh kempen minimum 21 hari; perkukuh demokrasi berparlimen; hak membantah; kerajaan bersih daripada rasuah dan politik kotor.

Barisan Nasional (BN) yang menjadi kerajaan ketika itu mengambil tindakan susulan dengan mengumumkan pembentukan sebuah jawatankuasa pilihan Parlimen untuk mengkaji sistem pilihan raya.

Kini PH yang dipilih menjadi kerajaan dengan kerjasama BN dan gabungan parti dari Sabah serta Sarawak perlu memandang serius tuntutan terbaharu dikemukakan Bersih.

Bersih dalam memorandumnya pada Februari lalu menuntut reformasi 100 peratus terhadap tiga perkara utama yang sebelum ini menjadi manifesto PH.

Artikel Berkaitan:

Pertama, kaedah pelantikan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ditambah baik dengan melibatkan jawatankuasa khas Parlimen.

Kedua, tiada lagi keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) oleh mahkamah terhadap mana-mana ahli politik yang sedang dibicarakan dengan kes rasuah dan salah guna kuasa.

Ketiga, menolak undang-undang dua darjat membabitkan kes-kes perbicaraan berprofil tinggi membabitkan ahli politik.

Bersih mendakwa sehingga kini tidak kelihatan apa-apa pembaharuan yang dilakukan kerajaan berhubung pelaksanaan reformasi pilihan raya.

Pembangkang dengan Pas sebagai komponen utama pula dinilai sebagai lemah oleh Bersih apabila kurang memainkan peranan dan tiada hala tuju jelas.

Justeru pembangkang perlu menjalankan peranan semak dan imbang dengan idea bernas memandangkan komposisi mereka lebih ramai dari segi bilangan ahli Parlimen berbanding 2008.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!