Ubah suai pangsapuri terbiar jadi 'port' berhibur, tawar GRO

Polis menyerbu pusat hiburan yang berselindung di sebalik pangsapuri terbiar di ibu negara, pada Ahad.
Polis menyerbu pusat hiburan yang berselindung di sebalik pangsapuri terbiar di ibu negara, pada Ahad.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pangsapuri 18 tingkat terbiar di sini, yang diubah suai menjadi pusat hiburan dengan menawarkan khidmat gadis pelayan pelanggan (GRO) dan beroperasi secara haram digempur, pada Ahad.

Serbuan kira-kira jam 1 pagi dijalankan Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman menerusi Op Bersepadu Noda.

Operasi dengan kerjasama Bahagian D6, Bahagian Pencegahan Judi, Maksiat dan Gangsterism (D7) JSJ Bukit Aman, Unit Anjing Pengesan (K9) serta Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi itu bertindak menahan 36 individu atas pelbagai kesalahan.

Aktiviti hiburan itu dipercayai beroperasi bermula jam 6 petang hingga 8 pagi dengan menawarkan khidmat GRO warga asing.
Aktiviti hiburan itu dipercayai beroperasi bermula jam 6 petang hingga 8 pagi dengan menawarkan khidmat GRO warga asing.

Hasil risikan berjaya menggempur premis hiburan yang lengkap dengan kamera litar tertutup (CCTV) itu di tingkat lima, enam, lapan, sembilan dan 17.

Aktiviti hiburan itu dipercayai beroperasi bermula jam 6 petang hingga 8 pagi dengan menawarkan khidmat GRO warga asing yang diuruskan seorang 'mummy' warga China.

Difahamkan, caj setiap bilik karaoke sekitar RM4,000 hingga RM8,000, selain GRO turut menawarkan khidmat teman berhibur dan seks dengan harga mencecah RM1,200.

Lebih memeranjatkan, pengunjung juga dikatakan turut ditawar dadah berikutan beberapa rampasan barang terlarang itu.

Artikel Berkaitan:

Bagi mengelakkan kegiatan itu dihidu pihak berkuasa, hanya pelanggan tetap sahaja dibenarkan masuk selain terdapat individu yang diupah di pintu masuk dan lif.

Beberapa gram bahan disyaki dadah juga ditemui dalam serbuan terbabit iaitu ketamin, ekstasi dan jus MDMA.
Beberapa gram bahan disyaki dadah juga ditemui dalam serbuan terbabit iaitu ketamin, ekstasi dan jus MDMA.

Ketua Penolong Pengarah D3 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, serbuan ini telah menahan 36 orang hasil pemeriksaan seramai 54 individu.

"Empat wanita warga asing ditahan iaitu dua China, Thailand (1), Vietnam (1) disyaki GRO selain seorang wanita China berperanan sebagai 'mummy' dan pembantu pengurus premis.

"Polis turut menahan 31 warga tempatan termasuk 10 wanita," katanya pada Isnin.

Beliau berkata, beberapa gram bahan disyaki dadah juga ditemui dalam serbuan terbabit iaitu ketamin, ekstasi dan jus MDMA.

Antara wanita yang diperiksa dalam serbuan Op Bersepadu Noda di Kuala Lumpur pada Ahad.
Antara wanita yang diperiksa dalam serbuan Op Bersepadu Noda di Kuala Lumpur pada Ahad.

Tambahnya, premis merupakan sebuah pangsapuri yang diubah suai menjadi pusat hiburan dengan menjalankan aktiviti KTV dan penginapan bagi warga asing yang bekerja sekitar kawasan tersebut.

Tegasnya, kesemua tangkapan dibawa ke IPD Dang Wangi untuk siasatan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 3(1) Undang-Undang Kecil Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2016.

Antara wanita yang ditahan polis dalam serbuan Op Bersepadu Noda di sebuah pangsapuri terbiar yang diubah suai menjadi pusat hiburan di ibu negara, pada Ahad.
Antara wanita yang ditahan polis dalam serbuan Op Bersepadu Noda di sebuah pangsapuri terbiar yang diubah suai menjadi pusat hiburan di ibu negara, pada Ahad.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!