Peraduan Wayang HibSinar – Birds of Prey
PERADUAN Wayang HibSinar kini kembali lagi dengan sebuah filem aksi pengembaraan arahan Cathy Yan, Birds of Prey: And The Fantabulous Emancipation Of One Harley Quinn.
Filem yang menampilkan Margot Robbie sebagai teraju utama itu akan ditayangkan di pawagam Malaysia bermula 6 Februari depan.
Ceritanya mengisahkan tentang keadaan di bandar Gotham selepas kehilangan Batman yang dibiarkan tanpa pengawasan. Harley Quinn yang berpisah dengan Joker, perlu melindungi Cassandra Cain selepas gadis itu terjebak dalam masalah setelah dia menjumpai berlian milik ketua penjenayah, Black Mask.
Berjayakah Harley menjadi penyelamat? Atau turut menjadi mangsa kepada Black Mas?Dapatkan jawapannya dengan menonton filem ini di pawagam berdekatan.
Birds Of Prey: And The Fantabulous Emancipation Of One Harley Quinn
Bahasa: Inggeris
Pengarah: Cathy Yan
Pelakon: Margot Robbie, Mary Elizabeth Winstead, Jurnee Smollett-Bell, Rosie Perez
Genre: Aksi/pengembaraan
Klasifikasi: P13
Tayangan: 6 Februari 2020
Edaran: Warner Bros. Pictures
PERADUAN
Bagi yang ingin menonton secara percuma dan menjadi antara yang terawal menonton filem Birds Of Prey: And The Fantabulous Emancipation Of One Harley Quinn secara eksklusif bersama Wayang HibSinar (Sinar Harian), lengkapkan slogan menarik dan kreatif tentang filem ini.
Birds Of Prey: And The Fantabulous Emancipation Of One Harley Quinn merupakan filem wajib tonton saya kerana:
................................................................................................................................................
Sertakan info diri anda (Nama Penuh, No K/P, Alamat, No. Telefon) dan e-mel ke: hiburan.sinar@gmail.com (tarikh tutup: 2 Februari 2020).
INFO TAYANGAN
Tarikh: 4 Februari 2020 (Selasa)
Masa: 8 malam
Lokasi: TGV 1Utama
(Terima kasih: Warner Bros. Malaysia: Clarris Oi)
**Hanya terbuka kepada anda yang menetap di sekitar Lembah Klang sahaja. (Pemenang akan dipilih berdasarkan penyertaan terpantas dengan slogan menarik).
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!