Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan pelabur terus memilih mata wang selamat berdasarkan prospek ekonomi semasa yang berhati-hati. Gambar hiasan
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan pelabur terus memilih mata wang selamat berdasarkan prospek ekonomi semasa yang berhati-hati. Gambar hiasan
A
A
A

RINGGIT dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan pelabur terus memilih mata wang selamat berdasarkan prospek ekonomi semasa yang berhati-hati, kata ahli ekonomi.

Pada jam 9.05 pagi, ringgit merosot kepada 4.7125/7150 berbanding dolar AS daripada 4.7110/7145 minggu lepas.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran kecil berikutan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat diunjurkan mengekalkan kadarnya stabil dalam tempoh terdekat.

"(Mesyuarat) Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) seterusnya akan diadakan pada akhir bulan depan.

"Dalam pada itu, akan terdapat banyak perubahan mengenai hala tuju Rizab Aliran Pecahan (FFR),” katanya kepada Bernama pada Isnin.

Sementara itu, ringgit dibuka tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama, naik berbanding yen Jepun kepada 2.9497/9515 daripada 2.9648/9671 pada Jumaat lepas, mengukuh berbanding pound kepada 5.9566/9598 daripada 5.9594/9638 dan meningkat berbanding euro kepada 5.0386/0413 daripada 5.0394/0431 sebelum ini.

Ia turut diniagakan tinggi berbanding mata wang ASEAN, yang naik berbanding baht Thailand kepada 12.8074/8191 daripada 12.8495/8639 pada Jumaat lepas dan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.4766/4787 daripada 3.4785/4814 sebelum ini.

Bagaimanapun, mata wang tempatan merosot berbanding rupiah Indonesia kepada 286.4/286.7 daripada 286.3/286.7 pada Jumaat lepas dan susut berbanding peso Filipina kepada 8.01/8.02 daripada 8.00/8.02 sebelum ini. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!