Mangsa banjir di Membakut meningkat kepada 100 orang

Tujuh kawasan hotspot banjir dikenal pasti iaitu di Jalan Lembah Poring, Kampung Baitam Baru, Kampung Ulu Baitam, Kampung Lampijas, Kampung Kayai, Kampung Jambatan Baru dan Jalan Balai Polis. Foto Facebook UPPM N. 31 Membakut
Tujuh kawasan hotspot banjir dikenal pasti iaitu di Jalan Lembah Poring, Kampung Baitam Baru, Kampung Ulu Baitam, Kampung Lampijas, Kampung Kayai, Kampung Jambatan Baru dan Jalan Balai Polis. Foto Facebook UPPM N. 31 Membakut
A
A
A

KOTA KINABALU - Mangsa banjir di daerah Membakut meningkat kepada 100 orang daripada 40 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) pagi Isnin berbanding 37 orang daripada 17 keluarga malam Ahad.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan semua mangsa banjir itu telah dipindahkan ke PPS di Dewan Selagon, Beaufort.

"Hujan berterusan yang berlaku di Membakut sejak Khamis lepas menyebabkan beberapa kawasan dilanda banjir dan jumlah mangsa dipindahkan pagi ini menunjukkan trend kekal atau tidak berubah," menurut kenyataan itu.

Tujuh kawasan hotspot banjir dikenal pasti iaitu di Jalan Lembah Poring, Kampung Baitam Baru, Kampung Ulu Baitam, Kampung Lampijas, Kampung Kayai, Kampung Jambatan Baru dan Jalan Balai Polis.

Membakut adalah daerah di kawasan pedalaman Sabah kira-kira 90 kilometer arah selatan dari Kota Kinabalu. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: