Penunggang motosikal maut langgar pembahagi jalan

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

RAWANG - Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggang hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer 437, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala Kuala Lumpur, pada Ahad.

Ketua Polis Dearah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, mangsa yang menunggang motosikal Yamaha Lagenda mengalami cedera parah di bahagian kepala selepas tercampak atas jalan dalam kejadian sekitar jam 7 petang itu.

Menurutnya, mangsa berusia 46 tahun itu meninggal dunia di lokasi kejadian selepas pemeriksaan dijalankan oleh pembantu pegawai perubatan Hospital Sungai Buloh.

"Mayat mangsa dibawa ke Forensik Hospital Sungai Buloh untuk tindakan lanjut.

" Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Katanya, orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil membantu siasatan.

"Saksi boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Suhaimi Tukiman atau Bilik Gerakan IPD Gombak di talian 03-61262222.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!