RM15 juta naik taraf Pelancongan Warisan Ipoh

Sandrea (kiri) mendengar penerangan berkaitan projek Pelancongan Warisan Ipoh (IHT) melibatkan Dewan Bandaran dan Pejabat Pos Lama di Ipoh
Sandrea (kiri) mendengar penerangan berkaitan projek Pelancongan Warisan Ipoh (IHT) melibatkan Dewan Bandaran dan Pejabat Pos Lama di Ipoh
A
A
A

IPOH - Sebanyak RM15 juta telah dibelanjakan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) bagi membangunkan infrastruktur dan kemudahan Pelancongan Warisan Ipoh (IHT).

Projek IHT melibatkan pakej pertama membabitkan Padang Ipoh dan Kinta Riverwalk yang telah siap 8 Mac 2022 manakala pakej kedua bernilai RM11 juta pula melibatkan kerja-kerja menaik taraf Dewan Bandaran dan Pejabat Pos Lama.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching berkata, pembangunan projek itu merupakan usaha menaik taraf kemudahan di kawasan tumpuan pelancongan warisan di kawasan pekan lama Ipoh.

Tambah beliau, pelaksanaan projek IHT itu dapat mempergiatkan lagi industri muzik berikutan Ipoh telah diiktiraf dalam senarai dalam Rangkaian Bandar Kreatif (UCCN) Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNESCO) pada tahun 2023.

"Bangunan Dewan Bandaran dinaik taraf sebagai pusat persembahan seni manakala Pejabat Pos Lama pula sebagai galeri karya-karya seni dan digital.

"Sebelum ini ada pihak mengatakan Ipoh ini ketandusan kebudayaan tetapi dengan usaha yang telah dijalankan, kita berjaya menangkis persepsi itu.

Sandrea menyaksikan penyerahan kunci bangunan Dewan Bandaran antara Fauzan (kanan) kepada Rumaizi di Dewan Bandaran Ipoh pada Isnin.
Sandrea menyaksikan penyerahan kunci bangunan Dewan Bandaran antara Fauzan (kanan) kepada Rumaizi di Dewan Bandaran Ipoh pada Isnin.

"Kita bersiap sedia terima dan mengalu-alukan pelbagai aktiviti seperti konsert muzik dan kebudayaan. Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan menambah baik persediaan baik dan dijangka ia boleh beroperasi tahun depan," katanya ketika ditemui di Dewan Bandaran di sini pada Isnin.

Artikel Berkaitan:

Pada majlis itu, Sandrea menyaksikan NCIA diwakili Ketua Wilayah NCIA Perak dan Pulau Pinang, Fauzan Ismail telah menyerahkan kunci bangunan Dewan Bandaran kepada Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin

Pada masa sama, Rumaizi telah menyerahkan kunci Pejabat Pos Lama kepada Ketua Pengarah, Lembaga Pembangunan Seni Visual yang diwakili Amerrudin Ahmad.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!