Rumah Ngaji Felcra Seberang Perak dilancar

Rosni (tiga dari kanan) menyempurnakan gimik Majlis Perasmian Rumah Ngaji Felcra Bandar Seberang Perak di Masjid Jamek Al-Ansar pada Ahad.
Rosni (tiga dari kanan) menyempurnakan gimik Majlis Perasmian Rumah Ngaji Felcra Bandar Seberang Perak di Masjid Jamek Al-Ansar pada Ahad.
A
A
A

PASIR SALAK - Jumlah Rumah Ngaji di Perak terus bertambah dengan pelancaran Rumah Ngaji Felcra Seberang Perak di sini pada Ahad.

Melalui pelancaran berkenaan menjadikan jumlah keseluruhan Rumah Ngaji di Perak sebanyak 148 buah.

Penolong Pengarah Negeri Felcra Berhad, Rosni Saidin berkata, pelancaran Rumah Ngaji berkenaan bertujuan memupuk amalan membaca al-Quran dalam kalangan warga Felcra Seberang Perak.

Menurutnya, pada masa sama peluang harus diambil untuk belajar, memperbaiki bacaan, memahami menerusi tadabur ayat-ayat di dalam kitab suci itu.

"Saya menyambut baik usaha menganjurkan program ini bagi menyuburkan minat membaca al-Quran, memupuk nilai-nilai cara hidup islam yang mendalam dalam kalangan warga Felcra. Selain itu, program ini terbuka kepada masyarakat setempat yang ingin menyertai. Secara tidak langsung dapat merapatkan hubungan silaturahim antara satu sama lain.

"Tetapi apa yang penting ialah mesej yang hendak disampaikan dan pengertian kepada kita. Penghayatan kepada isi kandungan ayat-ayat suci al-Quran juga akan memberi kita inspirasi dan galakan untuk lebih berusaha mendekatkan diri kepada llahi dan menguasai segenap bidang ilmu pengetahuan," katanya ketika berucap sempena Majlis Perasmian Rumah Ngaji Felcra Bandar Seberang Perak di Masjid Jamek Al-Ansar di sini pada Ahad.

Normah Hanum ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Perasmian Rumah Ngaji Felcra Bandar Seberang Perak di Masjid Jamek Al-Ansar di sini pada Ahad.
Normah Hanum ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Perasmian Rumah Ngaji Felcra Bandar Seberang Perak di Masjid Jamek Al-Ansar di sini pada Ahad.

Hadir sama pada majlis itu, Penasihat Rumah Ngaji Perak 1, Datuk Normah Hanum Ibrahim; Penasihat Rumah Ngaji Perak 2, Noor Mazlina Noor Shah; Pengerusi Rumah Ngaji Negeri Perak, Robaatun Hadayiah Harun dan Pengerusi Penggerak Rumah Ngaji Kawasan Felcra Changkat Lada, Rosliza Abdul Malik.

Artikel Berkaitan:

Rosni dalam pada itu mengharapkan kewujudan Rumah Ngaji berkenaan akan melahirkan ramai pelajar dan ahli-ahli yang akan mencetuskan semangat serta kesungguhan untuk lebih ramai umat mengamalkan ilmu terkandung di dalam al-Quran.

Sementara itu, Normah Hanum dalam ucapannya mengakui sangat gembira dengan kewujudan sebuah lagi Rumah Ngaji baharu iaitu di dalam kawasan Felcra Seberang Perak di sini.

Menurutnya, dengan pertambahan Rumah Ngaji itu diharap lebih ramai masyarakat memahami secara mendalam isi kandungan al-Quran yang memberi nilai serta akhlak baik terutama dalam kalangan anak muda.

Rosni (dua dari kiri) menerima cenderahati daripada Normah Hanum selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Rumah Ngaji Felcra Bandar Seberang Perak di Masjid Jamek Al-Ansar di sini pada Ahad.
Rosni (dua dari kiri) menerima cenderahati daripada Normah Hanum selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Rumah Ngaji Felcra Bandar Seberang Perak di Masjid Jamek Al-Ansar di sini pada Ahad.

Jelasnya, melalui pemahaman dan amalan isi kandungan al-Quran, pemimpin yang bakal dilahirkan pada masa akan datang bebas dari sebarang sifat buruk seperti rasuah, salah guna kuasa, zalim dan sebagainya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!