Utamakan gubal RUU Keharmonian Nasional - Badan Peguam Negara
SHAH ALAM - Badan Peguam Malaysia mendesak Kementerian Perpaduan Negara untuk mengutamakan proses perundingan ke arah penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Keharmonian Nasional.
Presidennya, Mohamad Ezri Abdul Wahab berkata, proses sedemikian akan memastikan penggubalan undang-undang tersebut dilaksanakan dengan maklumat yang cukup, seimbang dan mencerminkan perspektif yang pelbagai.
Menurutnya, ia mementingkan penglibatan semua pihak termasuk masyarakat sivil, pakar undang-undang, ketua komuniti dan orang awam.
“Undang-undang ini akan memperuntukkan kerangka yang mantap untuk menangani isu-isu perkauman, keagamaan dan tiada toleransi sosial.
“Ia juga akan memastikan ucapan hina dan diskriminasi dapat dikurangkan dengan efektif yang akan memupuk Malaysia yang lebih inklusif serta harmoni,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Mohamad Ezri memaklumkan jabatan penasihat undang-undang itu menekankan keperluan mendesak untuk memperkenalkan dan menggubal RUU Keharmonian Nasional.
Ujarnya, ia perlu digubal untuk melindungi hak dan kebebasan semua rakyat Malaysia sekali gus membiarkan amalan tersebut diteruskan tanpa menangani punca perbalahan atau perpecahan sebagai satu gurauan.
“Adalah penting untuk Malaysia menerima undang-undang yang menggalakkan perpaduan, kestabilan dan kematangan yang perlu untuk memperkaya ekonomi serta kepaduan sosial,” tambahnya.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!