Bapa durjana mengaku amang seksual anak perempuan tiri

Tertuduh (dua dari kiri) dihadapkan di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Isnin.
Tertuduh (dua dari kiri) dihadapkan di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Isnin.
A
A
A

IPOH - Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Isnin atas dakwaan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak perempuan tirinya berusia 18 tahun, minggu lalu.

Tertuduh berusia 49 tahun yang bekerja sebagai tukang urut membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Hilmiah Yusof.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa telah menyentuh remaja berkenaan bagi maksud seksual sedangkan tertuduh mempunyai hubungan amanah sebagai ayah tiri.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di dalam bilik sebuah rumah di daerah Kinta di sini jam lebih kurang 12.30 tengah hari pada 20 Jun 2024.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16 akta sama.

Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta sebagai tambahan hukuman bagi Seksyen 16(1) itu, boleh dipenjara tidak melebihi lima tahun dan boleh juga dihukum sebatan tidak kurang dua sebatan.

Jika sabit kesalahan, tertuduh juga boleh dihukum di bawah Seksyen 27(1) akta yang sama dengan menjalani pengawasan polis bagi satu tempoh tidak kurang satu tahun dan tidak melebihi tiga tahun sebaik selesai menjalani hukuman.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Qurratu'aini Khalifah manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Artikel Berkaitan:

Mahkamah kemudiannya menetapkan 10 Julai depan bagi pendengaran fakta kes dan jatuh hukum terhadap tertuduh.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!