Calon PN tak kisah isu ISO jadi modal pihak lawan

Abidin
Abidin
A
A
A

SUNGAI BAKAP - Calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail tidak kisah seandainya isu sijil Pertubuhan Piawaian Antarabangsa (ISO 14001) dijadikan modal kempen pihak lawan sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap.

Menurutnya, perkara itu tetap menjadi 'serangan' biarpun penjelasan mengenainya telah dibuat sebelum ini.

"Isu itu tak ada apa... semua orang tahu, tak ada masalah, kalau mereka nak buat modal pun saya tak kisah," katanya ketika Ceramah Kelompok PN di Sungai Duri di sini, pada Ahad.

Sebelum ini, Naib Yang Dipertua Pas Nibong Tebal itu dikatakan telah membuat penjelasan terbuka mengenai kesahihan sijil ISO yang dimilikinya.

Menurut Abidin, dia tidak menafikan ada sedikit kesilapan berhubung perkara itu semasa latar belakangnya diumumkan oleh pemimpin Pas ketika majlis pengumuman calon dibuat sebelum ini.

"Sebenarnya sijil ISO bukan untuk individu, tetapi mana-mana syarikat atau badan-badan berkanun pun perlu ada ISO, piawaian pelanggan itu perlu ada ISO," katanya.

Abidin bakal bertanding satu lawan satu dalam PRK Sungai Bakap dan berdepan calon dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mewakili Kerajaan Perpaduan, Dr Joohari Ariffin.

PRK Sungai Bakap diadakan susulan kematian penyandang, Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lalu.

Artikel Berkaitan:

Disebabkan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Sungai Bakap diadakan pada 6 Julai nanti.

*Dapatkan liputan komprehensif sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Bakap di sini!.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!