'PATI cuba nasib menyorok bawah kotak'

Antara warga asing yang ditahan dalam serbuan di sebuah kilang di sini, pada Isnin.
Antara warga asing yang ditahan dalam serbuan di sebuah kilang di sini, pada Isnin.
A
A
A

RAWANG - Taktik lapuk segelintir pekerja asing sebuah gudang logistik di Kundang dekat sini, lari dan menyorok di sebalik timbunan kotak gagal apabila diberkas sepasukan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) pada Isnin.

Sinar Harian yang menyertai operasi terbabit mendapati gudang itu dikelilingi kawasan semak dan beberapa premis kilang.

Semasa serbuan, pekerja asing yang sedang leka memandu forklift dikejutkan kehadiran JIM dengan kerjasama Jabatan Tenaga Kerja (JTK) serta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC).

Antara warga asing yang ditahan dalam serbuan di sebuah kilang di sini, pada Isnin.
Antara warga asing yang ditahan dalam serbuan di sebuah kilang di sini, pada Isnin.

Tinjauan turut mendapati gudang terbabit menempatkan asrama pekerja yang tidak mematuhi piawaian apabila dikesan terdapat penggunaan peralatan memasak selain sambungan wayar elektrik yang berbahaya dan bilik yang kotor.

Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Imigresen, Basri Othman berkata, seramai 29 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam serbuan pada jam 11 pagi hasil pemeriksaan terhadap 128 individu.

"PATI berusia 21 hingga 51 tahun yang ditahan membabitkan warga Nepal dan Bangladesh.

"Siasatan awal mendapati rata-rata mereka ini berperanan sebagai operator di gudang terbabit," katanya kepada pemberita di lokasi serbuan pada Isnin.

Artikel Berkaitan:

Basri berkata, serbuan dilakukan susulan aduan awam yang mendakwa bimbang dan gusar dengan lambakan pekerja asing, bagaimanapun hasil pemeriksaan di premis terbabit mendapati jumlahnya tidak seramai seperti yang didakwa.

"Risikan telah dilakukan hampir seminggu sebelum serbuan dan kesemua PATI yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya untuk pemeriksaan dan tindakan selanjutnya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Unit Penguatkuasaan dan Atipsom JTK Semenanjung Malaysia, Abd Kadir Muhamad berkata, semakan mendapati majikan telah menyediakan penginapan untuk pekerja, namun ia tidak mengikut syarat yang ditetapkan.

Keadaan penginapan warga asing.
Keadaan penginapan warga asing.

"Hasil pemeriksaan mendapati enam pekerja menginap di penginapan yang ditetapkan oleh majikan mereka.

"Kita akan membuka kertas siasatan mengikut Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 [Akta 446]," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!