318 PATI tanpa dokumen, pasport tamat tempoh didakwa

Seramai 318 PATI daripada pelbagai negara dituduh di Mahkamah Majistret Pontian atas tuduhan tinggal di negara ini tanpa dokumen sah dan pasport tamat tempoh pada Isnin.
Seramai 318 PATI daripada pelbagai negara dituduh di Mahkamah Majistret Pontian atas tuduhan tinggal di negara ini tanpa dokumen sah dan pasport tamat tempoh pada Isnin.
A
A
A

PONTIAN - Seramai 318 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk 61 wanita berusia antara 19 hingga 53 tahun didakwa atas pelbagai kesalahan di bawah akta Imigresen di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin.

Kesemua mereka terdiri daripada 143 warga Myanmar, Pakistan (68), Indonesia (47), India (38), Bangladesh (14), Nepal (5), dan masing-masing dua dari Thailand dan Kemboja.

Daripada jumlah itu, seramai 172 PATI didakwa tinggal di negara ini tanpa sebarang dokumen yang sah.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 6 (3) akta sama yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali, serta enam sebatan jika sabit kesalahan.

Sebahagian daripada PATI yang dituduh di Mahkamah Majistret Pontian atas tuduhan tinggal di negara ini tanpa dokumen sah dan pasport tamat tempoh.
Sebahagian daripada PATI yang dituduh di Mahkamah Majistret Pontian atas tuduhan tinggal di negara ini tanpa dokumen sah dan pasport tamat tempoh.

Sementara itu, 146 PATI yang lain didakwa berada di negara ini dengan memiliki pasport yang sudah tamat tempoh.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 15 (1)(c), Akta Imigresen 1959/63 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15 (4) akta sama.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Artikel Berkaitan:

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa JIM, Nur Lina Athirah Abdul Rahim manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

Sementara itu, di mahkamah yang sama seorang PATI warga Indonesia berdepan pertuduhan memasuki negara ini secara haram selepas diusir pulang ke negara asalnya.

Pendakwaan terhadap lelaki berusia 30 tahun itu di bawah Seksyen 36 Akta Imigresen 1959/63.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum denda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya dan boleh dikenakan tidak lebih daripada enam kali sebatan rotan.

Tertuduh sebelum ditahan di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Johor Bahru pada 5 Jun lalu.

Sebelum itu, kesemua PATI terbabit dibawa ke mahkamah dengan menaiki tiga lori dan dua buah bas.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!