Usahawan perlu hasilkan produk berkualiti, bertahan dalam pasaran

Murad (tiga dari kiri) ketika lawatan booth selepas menyempurnakan program PPU Siri 2 Zon Selatan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh pada Isnin.
Murad (tiga dari kiri) ketika lawatan booth selepas menyempurnakan program PPU Siri 2 Zon Selatan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh pada Isnin.
A
A
A

MELAKA - Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menyarankan usahawan luar bandar lebih kreatif terutamanya dalam menghasilkan produk jualan makanan yang berkualiti.

Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KKDW, Datuk Che Murad Sayang Ramjan berkata, ini kerana pembungkusan makanan yang menarik tidak menjaminkan produk makanan itu mampu bertahan lama dalam pasaran.

Malah menurutnya, semua usahawan perlu mempunyai inisiatif untuk memajukan perniagaan masing-masing dan bukan hanya bergantung kepada program -program yang disediakan di bawah kerajaan.

"Cara pemikiran usahawan perlu tukar kerana kita tak mahu usahawan luar bandar yang 'cokia' sebaliknya perlulah setanding jenama besar.

"Kerajaan telah sediakan pelbagai peruntukan dan inisiatif macam hari ini, tapi kalau mereka tak nak berubah, tapi kalau akhirnya mereka tak buat apa tak guna juga," katanya.

Murad (empat dari kiri) bergambar bersama rakan-rakan strategik yang turut menjayakan program PPU Siri 2 Zon Selatan di MITC, Ayer Keroh pada Isnin.
Murad (empat dari kiri) bergambar bersama rakan-rakan strategik yang turut menjayakan program PPU Siri 2 Zon Selatan di MITC, Ayer Keroh pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika Program Pendigitalan Usahawan Desa (PPU) Siri 2 Zon Selatan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh, di sini, pada Isnin.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kementerian itu juga memperuntukkan RM1.7 juta untuk memberi pendedahan secara langsung serta praktikal kepada usahawan desa beralih kepada teknologi baharu dan pendigitalan tahun ini.

Artikel Berkaitan:

Menurut beliau, sekali gus menyasarkan seramai 1,200 usahawan desa dilatih menerusi penganjuran Program Pendigitalan Usahawan Desa (PPU) sepanjang tahun ini.

Murad (tengah) bergambar bersama sebahagian peserta yang menyertai Program Pendigitalan Usahawan Desa (PPU) Siri 2 Zon Selatan di MITC Ayer Keroh pada Isnin.
Murad (tengah) bergambar bersama sebahagian peserta yang menyertai Program Pendigitalan Usahawan Desa (PPU) Siri 2 Zon Selatan di MITC Ayer Keroh pada Isnin.

Ujar beliau, selaras dengan perkembangan transformasi digital yang pesat ini, kementerian turut mengambil inisiatif memperkenalkan penggunaan teknologi pintar iaitu Teknologi Kecerdasan Buatan (Artificial Inteligence - A.I) dan Kecerdasan Pengguna (Consumer Intelligence - C.I) dalam pelaksanaan program ini.

"Penggunaan teknologi ini untuk menganalisa keperluan setiap usahawan desa yang hadir bagi mengenal pasti dan mencadangkan solusi digital yang bersesuaian," katanya lagi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!