Penduduk dakwa agihan baucar back to school tidak adil

Sebahagian penduduk kaum India meluahkan rasa tidak puas hati kerana tidak dapat baucar back to school.
Sebahagian penduduk kaum India meluahkan rasa tidak puas hati kerana tidak dapat baucar back to school.
A
A
A

SABAK BERNAM - Penduduk kaum India di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabak meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa hanya menerima lima baucar back to school daripada Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sabak.

Wakil penduduk, V Puavanasanthy, 37, berkata, pengagihan bantuan inisiatif kerajaan negeri Selangor menerusi Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI) itu disifatkan tidak adil kepada kaum itu yang majoritinya terdiri dalam kalangan B40 dan miskin tegar.

Puavanasanthy
Puavanasanthy

Menurutnya, sebanyak 300 baucar bernilai RM100 telah diagihkan kepada penduduk di DUN berkenaan, namun jumlah penerima dalam kalangan kaum India terlalu sedikit.

"Saya pelik kenapa tahun lepas kita (kaum India) menerima 50 baucar back to school, tetapi tahun ini hanya lima baucar diberikan, mana selebihnya?," soalnya ketika ditemui pada Isnin.

Puavanasanthy memberitahu, kebanyakan penduduk kaum India di kawasan itu berpendapatan rendah, malah sebahagiannya bergantung harap perbelanjaan daripada anak-anak.

"Harga barang dan kos sara hidup memberi kesan pada sosioekonomi masyarakat kami lebih-lebih lagi peluang pekerjaan di kawasan ini terhad sekali gus mempengaruhi kadar kemiskinan penduduk.

"Jika ada bantuan ini, ia secara tidak langsung dapat meringankan beban penduduk," tambahnya.

Artikel Berkaitan:

Seorang warga emas, G Muniandy, 62, berkata, pada tahun lalu, dia antara penerima sumbangan baucar itu, namun kali ini namanya tercicir daripada senarai penerima.

Jelasnya, dalam keadaan kesihatannya tidak menantu dan tidak bekerja, dia hanya mengharapkan bantuan daripada dua anaknya bagi kelangsungan hidup.


Muniandy
Muniandy

"Saya menjaga dua cucu yang masih bersekolah rendah kerana ibu bapa mereka bekerja di ladang.

"Saya berharap baucar ini dapat menampung perbelanjaan membeli pakaian dan kelengkapan sekolah, tetapi rupa-rupanya bantuan itu telah diagihkan kepada pihak lain," ujarnya.

Sementara itu, Penyelaras DUN Sabak, Samad Hashim berkata, satu sesi pertemuan telah diadakan antara beliau dan Puavanasanthy di Pejabatnya pada Isnin.

Samad
Samad

Samad memberitahu, Puavanasanthy yang mewakili kaum India telah memaklumkan kepada beliau berhubung kegusarannya mengenai agihan baucar tersebut.

"Pertamanya saya mewakili Pejabat DUN Sabak memohon maaf atas kelemahan pengurusan pada waktu itu kerana pejabat dalam keadaan kurang bersedia memandangkan baharu sahaja beroperasi selepas menerima lantikan daripada kerajaan negeri Selangor.

"Kami mula (beroperasi) pada awal Februari lalu dan arahan untuk mengagihkan kupon baucar ini pula pada 19 Februari lalu," jelas beliau.

Menurutnya, pada masa itu juga tular satu info grafik yang menguar-uarkan kepada penduduk di DUN Sabak untuk mendapatkan baucar di pejabat berkenaan.

"Senarai nama penerima juga telah kami hantar kepada MBI dan program juga telah dilaksanakan pada awal Jun lalu.

"Dalam perbincangan saya dengan Puavanasanthy, kita bersetuju menganjurkan satu program berbentuk bantuan khusus kepada kaum India dan kita akan dapatkan senarai nama daripada Ketua Komuniti India bagi pelaksanaan program itu dalam tempoh terdekat," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!