Kes Zayn Rayyan: 'Tunggu hari perbicaraan'

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.
A
A
A

KUALA LUMPUR: "Kita dah tuduh, tunggu hari perbicaraan," demikian kata Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan Ketika ditanya mengenai maklumat terkini kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin pada Isnin.

Sebutan semula kes ibu bapa Zayn Rayyan, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf yang didakwa di Mahkamah Sesyen pada 13 Jun lalu atas tuduhan mengabaikan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal telah ditetapkan pada 26 Julai ini.

Ibu bapa mangsa, Zayn Rayyan Abdul Matiin membayar ikat jamin RM20,000 di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya pada hari yang sama.

Pasangan yang masing-masing berusia 29 tahun ini bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadap mereka di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.

Mengikut pertuduhan, suami isteri itu didakwa sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap kanak-kanak berusia enam tahun itu, mengabaikannya dengan cara yang mungkin akan menyebabkan kecederaan fizikal.

Hakim kemudian membenarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin kepada setiap tertuduh dengan syarat tambahan melaporkan diri di balai polis setiap bulan serta tidak mengganggu saksi pendakwaan.

Tiada syarat pasport kerana dokumen perjalanan tertuduh terbabit sudah tamat tempoh.

Dalam pada itu, Mahkamah Sesyen pada 13 Jun lalu memutuskan hanya pihak terbabit prosiding pengabaian kanak kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 'terikat' dengan 'gag order' atau perintah larangan bersuara supaya tidak mengeluarkan kenyataan membabitkan kes berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Hakim Dr Syahliza Warnoh, membuat keputusan itu selepas peguam Fahmi Abd Moin mewakili bapa Zayn Rayyan, Zaim Ikhwan Zahari, yang berdepan tuduhan pengabaian berkenaan, memohon orang ramai dikenakan 'gag order.' - Awani

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!