[VIDEO] Wan Saiful dedah bukti perbualan WhatsApps

A
A
A

KUALA LUMPUR - Datuk Wan Saiful Wan Jan buat pertama kalinya mendedahkan bukti bergambar dan perbualan aplikasi WhatApps berkaitan cubaan memujuknya untuk menyokong pentadbiran Perdana Menteri.

Pendedahan Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu dibuat selepas tidak diberi ruang untuk memberi penjelasan terhadap usul membawanya ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen yang dikemukakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

Wan Saiful dalam sidang akhbar di bangunan Parlimen turut menunjukkan gambar dan tangkap layar perbualan di aplikasi berkenaan yang didakwa siri pertemuan serta perbincangan bersama individu terbabit.

“Ini salah satu perjumpaan tersebut. Bagaimana kata ia tidak berlaku? Ada yang tanya betul ke ada usaha pengaruhi kelakuan saya dalam dewan.

“Saya mahu dedahkan, perkara ini dalam siasatan jawatankuasa Peraturan 80A. Memang ada contoh mesej bertulis yang dihantar kepada saya, ada draf kenyataan.

“Ini bukti bahawa kacau ganggu itu benar-benar berlaku untuk mengajak, memaksa dan membawa saya menyokong (Datuk Seri) Anwar Ibrahim,” jelasnya.

Dalam pada itu Wan Saiful turut menjelaskan keenggannya membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pendedahan yang dibuat sebelum ini.

Artikel Berkaitan:

Wan Saiful dalam sidang akhbar di bangunan Parlimen pada Isnin.
Wan Saiful dalam sidang akhbar di bangunan Parlimen pada Isnin.

Dakwanya, agensi antirasuh berkenaan sudah tidak berintegriti di bawah kepimpinan Ketua Pesuruhjaya, Tan Seri Azam Baki.

“Saya buat aduan dalam Dewan Rakyat. Yang saya kesal, bahan aduan saya digunakan sebagai bukti untuk menyiasat saya pula.

“Ada cadangkan kepada saya kalau betul ada tawaran, buat aduan kepada SPRM. Cuba bayangkan kalau saya pergi SPRM, agak-agak siapa yang kena tahan.

“Terus terang saya sebut, saya tiada kepercayaan kepada institusi dan integriti SPRM. Saya harapkan Dewan Rakyat ada integriti itu, rupanya begini yang jadi,” ujarnya.

Sementara itu Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pembangkang akan mengkaji kemungkinan untuk merujuk Speaker, Tan Sri Johari Abdul ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen selepas ini.

“Kita akan kaji perkara itu (tetapi) dari segi peraturannya, Speaker adalah ahli dewan dan mana-mana ahli dewan boleh dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

“Kita akan kaji tetapi kena ingat, dalam jawatankuasa ini pengerusinya adalah Speaker Dewan Rakyat,” jelasnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!