Warga emas parah tersepit, kereta langgar bas

Keadaan bas berkenaan selepas kemalangan dengan sebuah kereta jenis Proton wira berdekatan Majlis Perbandaraan Sungai Petani, di sini pada petang Isnin. Foto Bomba
Keadaan bas berkenaan selepas kemalangan dengan sebuah kereta jenis Proton wira berdekatan Majlis Perbandaraan Sungai Petani, di sini pada petang Isnin. Foto Bomba
A
A
A

SUNGAI PETANI - Seorang warga emas cedera parah akibat tersepit selepas kereta yang dipandunya terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah bas berdekatan Majlis Perbandaran Sungai Petani dekat sini pada petang Isnin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tikam Batu, Muhamad Syukri Hashim berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kedah telah terima panggilan kecemasan berhubung kemalangan terbabit pada jam 2.20 petang.

Menurutnya, PGO Kedah telah mengarahkan jentera dari BBP Tikam Batu untuk lokasi kejadian dengan tujuh anggota dan tiba pada jam 2.27 petang.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, anggota mendapati terdapat kemalangan melibatkan sebuah kereta Proton Wira dan sebuah bas.

“Terdapat seorang mangsa lelaki tersepit di dalam kereta berkenaan akibat kemalangan. Tindakan mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan menyelamat,” katanya pada Isnin.

Muhamad Syukri berkata, mangsa yang berusia 71 tahun itu kemudiannya di bawa ke Hospital Sungai Petani dengan jentera van Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS) untuk mendapatkan rawatan susulan.

Tambahnya, kejadian terbabit berjaya dikawal pada jam 2.45 petang sebelum operasi ditamatkan pada jam 3.05 petang.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!