Seoul kesan parasit dalam belon berisi sampah dari Korea Utara

Seoul mengesan pelbagai parasit dalam beberapa belon berisi sampah yang dihantar oleh Korea Utara. Foto AFP
Seoul mengesan pelbagai parasit dalam beberapa belon berisi sampah yang dihantar oleh Korea Utara. Foto AFP
A
A
A

MOSCOW - Seoul mengesan pelbagai parasit dalam beberapa belon berisi sampah yang dihantar oleh Korea Utara, kata Kementerian Penyatuan Korea Selatan pada Isnin, lapor Sputnik.

"Pelbagai parasit, seperti cacing bulat, cacing rambu dan cacing benang, ditemukan dalam tanah yang terkandung dalam sampah itu," kata kementerian itu dalam satu kenyataan, dipetik oleh agensi berita Korea Selatan, Yonhap.

Antara sampah yang dihantar di dalam belon itu. Foto AFB
Antara sampah yang dihantar di dalam belon itu. Foto AFB

Parasit berkenaan mungkin berasal daripada najis manusia, kata kementerian itu.

Penemuan itu dilaporkan berdasarkan hasil pemeriksaan terhadap 70 belon berisi sampah.

Antara sampah yang dihantar di dalam belon itu, pihak berkuasa Korea Selatan menemui kepingan pakaian koyak yang didakwa sebagai barangan yang sebelum ini dihantar ke Korea Utara oleh sebuah syarikat Korea Selatan, lapor Yonhap.

Pada awal Jun, Korea Utara berkata ia telah menghantar 3,500 belon udara yang membawa 15 tan sampah ke Korea Selatan. Foto EPA
Pada awal Jun, Korea Utara berkata ia telah menghantar 3,500 belon udara yang membawa 15 tan sampah ke Korea Selatan. Foto EPA

Pada awal Jun, Korea Utara berkata, ia telah menghantar 3,500 belon udara yang membawa 15 tan sampah ke Korea Selatan sebagai tindak balas terhadap peningkatan kes aktivis Korea Selatan menghantar risalah anti-Pyongyang ke Utara. - Bernama-Sputnik

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!