Stray Kids pecah rekod

Stary Kids ditubuhkan pada tahun 2018 kini dianggotai Bang Chan, Lee Know, Changbin, Hyunjin, Han, Felix, Seungmin, dan I.N.
Stary Kids ditubuhkan pada tahun 2018 kini dianggotai Bang Chan, Lee Know, Changbin, Hyunjin, Han, Felix, Seungmin, dan I.N.
A
A
A

KUMPULAN K-Pop yang semakin meningkat naik, Stray Kids sekali lagi meraih emas di Amerika Syarikat.

Pada 13 Jun, Persatuan Industri Rakaman Amerika (RIAA) menganugerahkan pensijilan emas selepas single Black Door melepasi jualan 500,000 di sana.

Back Door menjadi lagu ketiga daripada Stray Kids menerima penghormatan ini, selepas God's Menu dan MANIAC yang mencapai status emas bulan lepas.

Stray Kids satu-satunya kumpulan yang mengulangi kejayaan BTS.
Stray Kids satu-satunya kumpulan yang mengulangi kejayaan BTS.

Pencapaian daripada RIAA itu menambah koleksi pensijilan emas yang diperolehi menerusi album 2023 mereka 5-STAR dan ROCK-STAR.

Pencapaian terbaru ini menjadikan Stray Kids sebagai artis K-pop kedua dalam sejarah RIAA yang memperoleh pensijilan emas untuk tiga lagu berbeza, satu pengiktirafan yang sebelum ini dipegang oleh BTS semata-mata.

Kumpulan yang ditubuhkan pada tahun 2018 itu kini dianggotai Bang Chan, Lee Know, Changbin, Hyunjin, Han, Felix, Seungmin, dan I.N.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: