Lelaki hilang ditemui maut kereta jatuh longkang

Anggota bomba sedang mengeluarkan mayat lelaki terbabit yang dipercayai terlibat dalam kemalangan dekat Lebuhraya Bukit Jalil menghala Kuala Lumpur pada Isnin.
Anggota bomba sedang mengeluarkan mayat lelaki terbabit yang dipercayai terlibat dalam kemalangan dekat Lebuhraya Bukit Jalil menghala Kuala Lumpur pada Isnin.
A
A
A

PETALING JAYA - Misteri kehilangan seorang lelaki sejak beberapa hari lalu terungkai apabila mayatnya ditemui dalam sebuah kereta di dalam longkang dekat Lebuhraya Bukit Jalil menghala Kuala Lumpur pada Isnin.

Mangsa yang merupakan lelaki warga tempatan berumur 40-an itu dipercayai memandu kereta terbabit sebelum mengalami kemalangan di lokasi terbabit.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya sebelum itu menerima panggilan berkaitan penemuan mayat berkenaan kira-kira jam 3.01 petang.

"Bomba menerima panggilan berkaitan kes bantuan kepada pihak polis bagi urusan mengambil mayat di lokasi kejadian sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Puchong dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Kejadian melibatkan sebuah kereta jenis BMW dipandu mangsa dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam longkang," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati mangsa telah meninggal dunia lebih 60 jam dan anggota bomba yang bertugas kemudiannya menjalankan kerja-kerja mengeluarkan mangsa.

"Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkat, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan media berhubung kejadian terbabit

Artikel Berkaitan:

"Saya akan kongsikan kenyataan media berhubung kes ini dan mangsa adalah orang hilang yang dilaporkan di Balai Polis Sungai Way sebelum ini," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!