Lelaki maut dihempap pokok sagu

Anggota polis memeriksa lokasi seorang lelaki maut ditimpa pokok sagu di Kampung Kolam, Mengabang Telipot, di Kuala Nerus.
Anggota polis memeriksa lokasi seorang lelaki maut ditimpa pokok sagu di Kampung Kolam, Mengabang Telipot, di Kuala Nerus.
A
A
A

KUALA NERUS - Seorang lelaki maut selepas dihempap pokok sagu yang ditebangnya dalam kejadian di Kampung Kolam, Mengabang Telipot, di sini, pada Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.50 tengah hari itu, mangsa, Mohamad Muaqil Mohamad Sabri, 26, dikatakan menebang pokok tersebut untuk dijadikan makanan kambing.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, pihak polis menerima laporan berhubung insiden itu daripada abang mangsa, Mohamad Muafif Mohamad Sabri, 31, sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Mangsa ditemukan tidak sedarkan diri selepas dihempap pokok sagu yang ditebangnya.
Mangsa ditemukan tidak sedarkan diri selepas dihempap pokok sagu yang ditebangnya.

"Pengadu memaklumkan bahawa mayat adik lelakinya itu telah dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh ayah mereka.

"Siasatan mendapati kes tersebut tidak mengandungi unsur jenayah dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya di sini pada Isnin.

Petang Isnin tular di media sosial mengenai kejadian menimpa seorang lelaki yang meninggal dunia selepas ditimpa pokok sagu di belakang rumahnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: