Pengusaha Durian

No Image Caption
A
A
A

Pekebun Durian Pak Tam & Ibu Mohd Ali Mad Hakim, 28, memastikan kualiti buah durian sebelum dijual kepada pelanggan ketika tinjauan di Pak Tam & Ibu, Sungai Lepok, Hulu Langat, hari ini.

Pengusaha Durian dan pemilik Paktam & Ibu Abdul Razak Mohd Uning,56, berkata antara durian yang dijual dengan harga runcit iaitu durian Musang King antara RM35 hingga RM55 sekilogram dan durian Kampung pula antara RM13 hinga RM25 sekilogram.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah meminta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengadakan perbincangan dengan pengusaha buah durian di kampung-kampung bagi membantu mereka mengeksport durian segar ke China.

Menteri berkenaan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata KPKM juga telah meminta FAMA untuk menjadi pemudah cara dan mencari mekanisme untuk membincangkan perkara itu kerana ia merupakan peluang melebarkan perniagaan pengusaha durian di kampung.

Pada 2022, eksport durian Malaysia ke seluruh dunia mencatat nilai RM1.14 bilion. Secara keseluruhan, durian merupakan penyumbang utama iaitu 58.6 peratus kepada nilai eksport buah-buahan negara pada 2022 daripada keseluruhan nilai eksport buah-buahan yang bernilai RM2.01 bilion. Foto Bernama

Artikel Berkaitan: