Polis tahan sembilan individu disyaki terlibat kes buli di Spaoh

Tangkap layar video yang tular.
Tangkap layar video yang tular.
A
A
A

BETONG - Polis menahan sembilan individu disyaki terlibat dalam kejadian buli seorang remaja lelaki di Spaoh yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Superintendan Zamry Alli dalam kenyataan berkata, kesemua mereka yang berumur 12 hingga 26 tahun itu ditahan di sekitar daerah berkenaan selepas pihaknya menerima laporan daripada mangsa hari ini.

Beliau berkata, mangsa telah tampil ke Balai Polis Betong untuk membuat laporan dan kes disiasat mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan dan Sekyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Saya meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan insiden tersebut kerana kes masih dalam siasatan pihak polis,” katanya.

Terdahulu tular rakaman video di TikTok dan Facebook memaparkan remaja berkenaan ditampar beberapa kali di bahagian muka dan kepala oleh seorang individu dengan beberapa remaja lelaki lain turut berada di tempat kejadian. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!