10 pelajar sekolah cedera van bertembung kereta

Dua kenderaan bertembung menyebabkan 13 termasuk 10 pelajar sekolah menengah cedera.
Dua kenderaan bertembung menyebabkan 13 termasuk 10 pelajar sekolah menengah cedera.
A
A
A

KUDAT - Seramai 13 individu termasuk 10 pelajar sekolah menengah cedera selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di kawasan berhampiran Pusat Latihan Dakwah Sikuati di sini, pada petang Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.20 petang itu, dua mangsa yang terlibat juga dilaporkan parah akibat tersepit dalam kenderaan Proton Saga.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat, Isyak Jabas berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.29 petang.

Menurutnya, seramai sembilan anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 21 kilometer dari BBP Kudat.

"Menurut komander operasi, kemalangan melibatkan dua kenderaan iaitu sebuah van yang dinaiki 10 pelajar sekolah bersama seorang pemandu dan bertembung dengan Proton Saga yang dinaiki dua mangsa.

Pasukan bomba memberikan rawatan awal kepada mangsa yang terlibat dalam kemalangan.
Pasukan bomba memberikan rawatan awal kepada mangsa yang terlibat dalam kemalangan.

"Dalam kejadian itu, dua mangsa tersepit di dalam Proton Saga namun berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba dan dilaporkan mengalami kecederaan parah manakala kesemua mangsa di dalam van juga dilaporkan mengalami kecederaan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada malam Isnin.

Katanya lagi, kesemua mangsa telah diberi rawatan awal oleh pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan pasukan perubatan di tempat kejadian.

Artikel Berkaitan:

"Kesemua mangsa kemudian dihantar ke hospital menggunakan jentera EMRS, ambulans dan juga kenderaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk rawatan selanjutnya.

"Operasi ditamatkan pada jam 7.40 malam selepas memastikan lokasi kejadian dalam keadaan selamat," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!