Takut kena marah, anak Nirwan Caliph Buskers mengaji walau mengantuk

Tangkap layar video berdurasi 55 saat yang memaparkan anak kepada pemain gitar Caliph Buskers, Nirwan dilihat masih mamai namun tetap memberi respon yang baik kepada setiap pertanyaan ustazahnya.
Tangkap layar video berdurasi 55 saat yang memaparkan anak kepada pemain gitar Caliph Buskers, Nirwan dilihat masih mamai namun tetap memberi respon yang baik kepada setiap pertanyaan ustazahnya.
A
A
A

SHAH ALAM - Risau dimarahi ayah, seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun sanggup menahan rasa mengantuk ketika mengikuti kelas pengajian Iqra secara dalam talian.

Menurut ibu kanak-kanak itu, Nur Syazwani Mustafa, 38, anaknya terlewat bangun menyebabkan dia masih belum bersedia ketika kelas Iqra bermula.

"Pada hari itu saya lewat kejutkan dia, kelas bermula jam 10.30 pagi tetapi saya kejut jam 10.29.

"Memang kelam kabut apatah lagi masa itu ustazah sudah siap sedia untuk mengajar. Biasa kalau dengan ayahnya jam 9.30 sudah bangun kerana suami lebih tegas berbanding saya.

"Itu yang bila lambat bangun macam-macam ragam, nak ponteng kelas takut kena marah jadi terpaksa diteruskan juga walaupun mata tidak boleh buka (mengantuk)," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Sebelum ini, tular di media sosial satu video yang berdurasi 55 saat memaparkan anak kepada pemain gitar Caliph Buskers, Nirwan Zainal Abidin, 35, dilihat masih mamai namun tetap memberi respon yang baik kepada setiap pertanyaan ustazahnya.

Selama sesi pembelajaran itu, dia menunjukkan pelbagai reaksi geram seperti menghentak kaki, menjerit dan menangis namun tidak mengeluarkan bunyi.

Sementara itu, seorang netizen dikenali sebagai Dee memberitahu situasi tersebut mirip dengannya ketika di universiti.

Artikel Berkaitan:

"Adik, kakak ingat akak sahaja kalau dekat universiti kelas pagi pensyarah banyak tanya macam ini," ujarnya.

Dalam pada itu, ada dalam kalangan netizen memuji sikap kanak-kanak tersebut yang mana masih meneruskan pengajian walaupun mengantuk.

Ann_url berkata, sakitnya lah, tahan nangis separuh-separuh tetapi acik tabik la, teruskan ngaji.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!