Kisah korban di Madad pengajaran buat kita semua
UMAT Islam selesai menyambut Hari Raya Aidiladha beberapa hari lalu dengan pengisian ibadah korban tanda pengabdian diri kepada ALLAH SWT.
Tentunya, episod korban kali ini memberi banyak pengertian dalam hidup kita, terutama mereka yang menyertai ibadah korban sama ada yang dilaksanakan masjid, surau, mahu pun diuruskan syarikat pengendali.
Merak Jalanan tertarik dengan isu halal oleh seorang mak cik selepas menyertai korban yang diadakan di Murthada Dakwah Centre (Madad) Sungai Petani, Kedah.
Tidak mahu memanjangkan isu itu, apa yang mencuri perhatian adalah sikap kita semua dalam setiap isu yang timbul dan menjadi tular.
Seperti biasa, warga maya akan menjadi pengadil, mengeluarkan pelbagai kenyataan. Ada yang menggunakan perkataan tidak sesuai sehingga lari daripada tajuk perbincangan asal.
Namun Merak Jalanan puji mereka yang guna kesempatan itu untuk mendoakan kebaikan kepada semua, sama ada yang terbabit dalam tular itu atau tidak.
Itu adalah sikap terbaik, tidak membuat kesimpulan sendiri, tidak menghakimi secara maya tanpa tahu apa-apa.
Setiap yang berlaku dalam hidup kita ada sebabnya, begitu juga dalam kes di Madad itu.
Bukan isu siapa salah dan betul, tetapi dalam konteks yang lebih besar, apa peranan anggota masyarakat.
Jadikan kes ini sebagai pengajaran, jika ada lagi isu seperti ini lagi, kita tahu apa peranan kita, bukan mengeruhkan lagi keadaan dan menambah dosa.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!