Pengalaman makan dalam taman bunga

Pelanggan Eyka Rose Garden Coffee & Cafe sedang menikmati hidangan masing-masing di kafe berkenaan.
Pelanggan Eyka Rose Garden Coffee & Cafe sedang menikmati hidangan masing-masing di kafe berkenaan.
A
A
A

PENDANG - Menampilkan konsep dalam taman, Eyka Rose Garden Coffee & Cafe menjadi antara lokasi wajib pencinta alam untuk singgah di pekan ini.

Pemiliknya Ana Sika Zainal, 54, berkata, dekorasi kafenya yang penuh dengan pokok bunga menyebabkan ada menyangka premis berkenaan adalah kedai bunga.

“Memang di kafe saya ada lebih 50 jenis pokok bunga dan tanaman lain yang dijaga rapi oleh suami saya iaitu Norul Huda Mohd Adam, 65.

Ana Sika yang juga pencinta bunga mengusahakan Eyka Rose Garden Coffee & Cafe pada 2023 di Pendang, Kedah.
Ana Sika yang juga pencinta bunga mengusahakan Eyka Rose Garden Coffee & Cafe pada 2023 di Pendang, Kedah.

“Ia merupakan tarikan di tempat ini kerana kita mahu pengunjung rasakan kehijauan dan ketenangan apabila berada dalam kafe ini,” katanya kepada Sinar Harian di sini baru-baru ini.

Menurutnya, kafenya itu mula beroperasi pada tahun lalu setelah setahun menjalankan perniagaan pokok bunga ros.

Artikel Berkaitan:

Antara sudut bergambar yang menjadi tarikan di Eyka Rose Garden Coffee & Cafe.
Antara sudut bergambar yang menjadi tarikan di Eyka Rose Garden Coffee & Cafe.

“Pada 2022 saya jual pokok bunga ros dahulu kemudian beralih kepada kafe selepas 2023 dengan memperkenalkan konsep makan dalam taman.

“Alhamdulillah, ramai yang suka. Saya lihat pelanggan yang datang ke sini akan luangkan masa paling kurang dua jam untuk bersantai dan bergambar sambil menikmati menu-menu yang kita tawarkan,” katanya.

Antara menu yang disajikan di Eyka Rose Garden Coffee & Cafe.
Antara menu yang disajikan di Eyka Rose Garden Coffee & Cafe.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu berkata, terdapat pelbagai menu boleh dinikmati di kafenya termasuk hidangan barat, tomyam Bangkok, gulai panas dan shellout.

“Semuanya kita tawarkan pada harga berpatutan walaupun ada yang kata takut nak masuk sebab nampak mahal tapi harga makanan kita masih dikira mampu milik,” katanya.

Kafe milik Ana Sika ini turut menjadi pilihan pasangan pengantin yang mengimpikan perkahwinan dalam taman.
Kafe milik Ana Sika ini turut menjadi pilihan pasangan pengantin yang mengimpikan perkahwinan dalam taman.

Ana Sika berkata, dia juga membuka tempahan untuk penganjuran sebarang majlis keraian seperti perkahwinan, hari lahir atau persaraan.

“Selalunya pengantin yang mengidamkan perkahwinan dalam taman akan pilih kafe kita sebagai lokasi majlis.

Dekorasi bunga Akar Dani menghiasi ruang tengah kafe
Dekorasi bunga Akar Dani menghiasi ruang tengah kafe

"Sebelum ini pun ada yang mengadakan majlis rumah terbuka di sini dan mereka tidak perlu bersusah payah menempah kios foto kerana di sini sudah ada kira-kira tujuh sudut bergambar yang menarik,” katanya.

Antara menu yang disajikan di Eyka Rose Garden Coffee & Cafe.
Antara menu yang disajikan di Eyka Rose Garden Coffee & Cafe.

Beliau yang juga pencinta pokok bunga berkata, bagi penganjuran majlis pihaknya menawarkan menu pada harga bermula RM28 bagi satu kepala dengan jumlah minimum 30 orang.

“Ruang kafe kita ini luas dan ia boleh memuatkan 250 orang dalam satu-satu masa, jadi untuk anjurkan majlis yang lebih besar memang tiada masalah,” ujarnya.

Menurutnya, kafe diusahakannya itu beroperasi setiap hari kecuali Selasa bermula dari jam 5 petang hingga 11 malam.

Pintu masuk Eyka Rose Garden Coffee & Cafe.
Pintu masuk Eyka Rose Garden Coffee & Cafe.

-- INFO

- Mempunyai lebih 50 jenis pokok bunga

- Terdapat tujuh sudut bergambar

- Mampu muatkan 250 pelanggan

- Menu merangkumi makanan barat dan tempatan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!