Isu BlackRock: Dr Akmal bidas kenyataan Sathia dengan analogi jual karipap

Dr Akmal
Dr Akmal
A
A
A

SHAH ALAM - Terdapat perbezaan makna yang ketara antara pegangan saham terbuka dengan jualan saham secara terus dalam isu pemilikan saham Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) dijual secara terus kepada BlackRock melalui Global Infrastructure Partners (GIP), kata Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Salleh.

Dr Akmal menjelaskan, menerusi pegangan saham secara terbuka, sesiapa sahaja boleh membeli saham tersebut berbanding isu saham MAHB dijual secara terus kepada BlackRock melalui GIP.

“Kalau tak faham juga saya bagi analogi macam ini lah, saya jual karipap di pasar malam dan sesiapa sahaja boleh beli, berbanding saya buat karipap dan datang rumah kamu dan minta kamu beli karipap yang saya buat, kalau tak faham juga tak tahu lah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai Timbalan Setiausaha Agung PKR, Dr Sathia Prakash Nadarajan yang mempertikaikan tindakannya mengkritik penjualan saham MAHB yang didakwa sepatutnya dibantah ketika pentadbiran BN yang lalu.

Dr Akmal sebelum ini mendesak kerajaan menghentikan serta-merta usaha penjualan saham MAHB kepada BlackRock Inc melalui GIP atas nama solidariti bersama rakyat Palestin.

Sathia memintanya agar bersikap lebih jujur ketika memberi pandangan mengenai dasar-dasar kerajaan semasa.

Beliau kemudian membalas kenyataan tersebut secara sinis sama ada Dr Santia akan membuat bantahan apabila diesel bahan api dinaikkan.

“Nak tanya juga, dulu kamu turun berguling tak masa petrol naik 20 sen? Sekarang tak nak buat ke?” tanya Dr Akmal.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!