Spalletti balas balik kritikan

Spalletti. Foto EPA
Spalletti. Foto EPA
A
A
A

JURULATIH Itali, Luciano Spalletti membalas kritikan terhadapnya selepas The Azzurri terikat 1-1 dengan Croatia pada Selasa, sekali gus mara ke pusingan 16 terakhir Euro 2024.

Gol dramatik pemain sayap Lazio, Mattia Zaccagni pada minit ke-98 membawa Itali ke tempat kedua Kumpulan B di belakang Sepanyol dan membiarkan Croatia di ambang penyingkiran.

"Semua orang mahu keluarkan kami (singkir daripada kejohanan). Jika saya takut, saya pasti akan mencari kerja lain. Tiada sebab untuk saya berasa takut.

"Saya tidak perlu bimbang melebihi apa yang diperlukan atau menambah tekanan terhadap apa yang mereka letakkan di bahu saya.

Zaccagni meraikan jaringannya ketika membantu Itali mengikat Croatia 1-1. Foto AFP
Zaccagni meraikan jaringannya ketika membantu Itali mengikat Croatia 1-1. Foto AFP

"Ada racun daripada semua bahagian dan jika tidak, saya menyuntik diri dengan racun ini," katanya sejurus tamat perlawanan.

Itali menang 2-1 mengatasi Albania dalam aksi pembukaan dan kemudian tewas 0-1 kepada Sepanyol.

Di sebalik keputusan itu, Spalletti turut menempelak pemain yang mungkin membocorkan maklumat kepada media apabila berita di Itali memberi formasi tepat 3-5-2 menjelang perlawanan tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Ini ialah kelemahan mereka yang suka membocorkan maklumat. Jika ada yang membocorkan maklumat, ia akan melukakan pasukan. Siapa sahaja yang beritahu anda," kata Spalletti.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!