[VIDEO] Penganggur didakwa bunuh ibu kandung

A
A
A

IPOH - Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh pada Selasa atas pertuduhan membunuh ibu kandungnya, dua minggu lalu.

Tertuduh, S Sugan, 36, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Siti Nora Sharif, bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian S Indra, 60, di sebuah rumah di Dataran Tanah Timur 5, Taman Restu Jaya di sini, antara jam 1 pagi hingga 9.30 pagi, 12 Jun lalu.

Sugan didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh pada Selasa atas pertuduhan membunuh ibu kandungnya, 12 Jun lalu.
Sugan didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh pada Selasa atas pertuduhan membunuh ibu kandungnya, 12 Jun lalu.

Pertuduhan terhadap lelaki itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati jika sabit kesalahan atau penjara sehingga 40 tahun dan jika tidak dihukum mati hendaklah dihukum sebat tidak kurang daripada 12 sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nuranisah Ismah Muhammad Husaini manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 20 Ogos depan bagi sebutan semula kes.

Media sebelum ini melaporkan, polis mengklasifikasikan semula siasatan kematian seorang wanita berusia 60 tahun yang ditemukan dalam keadaan berlumuran darah di sebuah rumah di Taman Mujur, dekat Bercham sebagai kes bunuh.

Artikel Berkaitan:

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas keputusan bedah siasat awal mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan tumpul di kepala dan leher.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!