Pelakon Pirates of the Caribbean maut diserang jerung

No Image Caption
A
A
A

LOS ANGELES - Seorang pelakon filem box office 'Pirate of the Caribbean' dilaporkan meninggal dunia selepas diserang jerung.

Tamayo Perry, yang juga seorang peluncur di Hawaii pernah memainkan watak sebagai seorang lanun dalam filem keempat 'Pirates of the Caribbean', berjudul 'On Stranger Tides' yang dilakonkan watak utama, Johnny Deep.

Beliau juga tampil dalam penerbitan semula 'Hawaii Five-O' dan siri televisyen 'Lost', yang sebahagian besarnya dirakam di pulau itu selain membintangi filem 'Blue Crush' pada 2002.

Selain tampil di layar perak, Perry juga seorang penyelamat dan peluncur profesional yang cukup dikenali dalam kalangan masyarakat tempatan.

Pemangku Ketua Keselamatan Lautan Honolulu, Kurt Lager menyifatkan Perry sebagai seorang penyelamat yang disayangi ramai di pulau Oahu.

"Keperibadian Tamayo sangat menyenangkan, dan sebagaimana orang ramai menyayanginya, beliau juga sangat peduli terhadap mereka," ujarnya.

Datuk Bandar Honolulu, Rick Blangiardi ketika sidang media pada Ahad memaklumkan kematian Perry adalah tragis. - AFP

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!