'Jemaah tak diundang sudah berada di Makkah selama 2 bulan'

Arab Saudi telah memberi peringatan awal tentang keperluan permit haji di kebanyakan lokasi awam, namun masih ada pihak yang gagal mematuhi peraturan wajib itu. Foto AFP
Arab Saudi telah memberi peringatan awal tentang keperluan permit haji di kebanyakan lokasi awam, namun masih ada pihak yang gagal mematuhi peraturan wajib itu. Foto AFP
A
A
A

RIYADH - “Syarikat pelancongan di seluruh dunia memperdaya jemaah dengan mengeluarkan visa pelancong dan bukannya permit haji yang ditetapkan Arab Saudi.”

Kenyataan itu dikeluarkan jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Kolonel Talal Abdul Mohsen pada Isnin selepas pengurusan haji dipertikaikan banyak pihak berikutan seramai 1,301 jemaah haji dilaporkan meninggal dunia pada musim kali ini termasuk 1,079 individu tidak berdaftar.

“Terdapat individu yang menyalahgunakan visa pelancong meskipun media telah melancarkan kempen untuk memberi peringatan tentang tindakan tegas yang bakal dikenakan terhadap golongan itu.

“Mereka sudah berada di Makkah kira-kira dua bulan sebelum musim haji bermula,” ujarnya ketika wawancara bersama al-Arabiya.

Menurutnya, permit haji bukan semata-mata kad transit, namun ia adalah akses penting kepada kesemua kemudahan termasuk penjagaan kesihatan yang disediakan oleh pihak berkuasa.

“Akaun media sosial Direktorat Am Keselamatan Awam sentiasa mengemaskini tentang amaran kepada pihak menyediakan program haji palsu yang akan diberkas dan dirujuk kepada pendakwa raya,” jelasnya lagi.

Beliau turut sekali lagi mengesahkan kejayaan pelan keselamatan haji 2024 yang membuktikan usaha bersepadu antara kesemua pihak bagi memastikan keselamatan dan keselesaan para jemaah walaupun berdepan cuaca ekstrem. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: