[VIDEO] 'Berebut-rebut' kontrak faktor pengaruhi kelancaran Pan Borneo Sabah

A
A
A

KUALA LUMPUR - Elemen ‘berebut-rebut’ kontrak antara faktor yang mempengaruhi kelancaran projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) di Sabah berbanding Sarawak.

Menteri Kerja Raya (KKR), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, jumlah pakej projek di Sabah yang lebih tinggi berbanding Sarawak, juga antara faktor yang menyumbang kepada kelewatan pembinaan tersebut.

“Saya difahamkan sebelum saya masuk ke kementerian ini, projek 1A di Sabah sukar berbanding Sarawak, itu memang betul. Di sana (Sabah) 35 pakej, di Sarawak ada 11 pakej, lebih sukar kita uruskan (projek di Sabah), rumit.

“Amalan ‘berebut-rebut’ tender itu tidak salah sebab banyak kontraktor, banyak pihak yang mungkin berkepentingan, jadi lobi-melobi.

Nanta ketika sesi soal jawab Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada Persidangan Dewan Rakyat sempena Mesyuarat ke Dua Penggal Ke Tiga Parlimen ke 15 di Bangunan Parlimen pada Selasa. Foto Bernama
Nanta ketika sesi soal jawab Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada Persidangan Dewan Rakyat sempena Mesyuarat ke Dua Penggal Ke Tiga Parlimen ke 15 di Bangunan Parlimen pada Selasa. Foto Bernama

“Ini fakta semua kita tahu, jangan tuduh saya (mengatakan saya) tuduh sembarangan. Tidak, ini lah yang berlaku,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Datuk Seri Ronald Kiandee (Perikatan Nasional (PN) - Beluran) di Dewan Rakyat pada Selasa.

Dalam pada itu, menurut Nanta, pelaksanaan projek LPB Sabah Fasa 1B dengan anggaran jarak keseluruhan 366.8 km dibahagikan kepada 19 Pakej Kerja.

“Sehingga kini, empat pakej kerja telah dibuat pelantikan kontraktor bagi tujuan pelaksanaan kerja-kerja pembinaan manakala baki 15 pakej kerja di peringkat perolehan.

“Baki 15 pakej kerja tersebut telah ditender mengikut kaedah Tender Terbuka Pra-Kelayakan Terpilih di mana proses penilaian akhir sedang dilaksanakan.

“Surat Setuju Terima (SST) kepada kontraktor yang berjaya dijadualkan dapat dikeluarkan pada suku ketiga tahun 2024,” ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!