Masjid, klinik kesihatan bakal dibina di Sungai Bakap

Kon Yeow (empat dari kanan) ketika mengadakan lawatan ke tapak pembinaan Masjid Lama Sungai Bakap pada Selasa.
Kon Yeow (empat dari kanan) ketika mengadakan lawatan ke tapak pembinaan Masjid Lama Sungai Bakap pada Selasa.
A
A
A

SUNGAI BAKAP - Pembinaan masjid dan Klinik Kesihatan Bandar Tasek Mutiara antara projek infrastruktur baharu yang akan dinikmati penduduk di Sungai Bakap tidak lama lagi.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, pembinaan masjid baharu di atas tapak asal Masjid Lama Sungai Bakap di sini, dijangka akan dimulakan awal November ini.

Menurutnya, projek membabitkan kos RM20 juta kini berada pada proses tender untuk melantik kontraktor yang layak.

"Lawatan tapak telah diadakan pada 20 Jun lepas dan lantikan kontraktor pula dijangka dapat dibuat pada Oktober ini manakala kerja-kerja pembinaan boleh dimulakan pada November ini.

"Projek ini dijangka mengambil masa kira-kira dua tahun untuk disiapkan," katanya kepada pemberita ketika mengadakan lawatan ke tapak pembinaan Masjid Lama Sungai Bakap di sini, pada Selasa.

Pelancaran projek berkenaan sebelum ini disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena lawatan rasmi beliau ke negeri ini pada 16 Julai tahun lalu.

Sementara itu, Kon Yeow yang juga Exco Kewangan, Pembangunan Tanah & Ekonomi dan Komunikasi berharap projek pembinaan semula Klinik Kesihatan Bandar Tasek Mutiara yang tertangguh sebelum ini diharap dapat siap mengikut jadual pada tahun 2026.

Ujar beliau, meskipun projek terbabit dapat disiapkan namun antara cabaran lain yang perlu dihadapi ialah berkaitan kapasiti klinik kesihatan yang mungkin tidak dapat menampung populasi kian meningkat.

Artikel Berkaitan:

"Peningkatan populasi penduduk semasa di kawasan Parlimen Batu Kawan ketika ini memungkinkan di sini memerlukan sebuah lagi hospital kerajaan baharu," katanya.

*Dapatkan liputan komprehensif sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Bakap di sini!.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!