Jurujual rugi RM904,000 wang pelaburan lesap

Gambar hiasan 123RF.
Gambar hiasan 123RF.
A
A
A

IPOH - Seorang jurujual kerugian sebanyak RM904,000 apabila wang dilaburkan lesap selepas menyertai skim pelaburan tidak wujud sejak April lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, mangsa berusia 51 tahun mula terjebak dalam sindiket penipuan itu selepas tertarik dengan iklan pelaburan di Facebook.

"Mangsa telah tekan pautan tersebut dan terus berurusan menerusi WhatsApp dengan seorang wanita pada 15 April lalu.

"Dia telah melakukan dua transaksi pada 1 Mei dan 12 Mei lalu atas dua syarikat berlainan dengan jumlah keseluruhan RM904,000," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Menurut beliau, dalam tempoh tersebut, mangsa tidak mendapat pulangan seperti dijanjikan.

"Menyedari mangsa ditipu, satu laporan diterima oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh pada Isnin.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.

Orang ramai diingatkan untuk membuat semakan terperinci di pelbagai platform antaranya Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!