Kembalikan semula VOP - PKMM

Borhan (tengah) bergambar bersama ahli PKMM selepas meramikan Majlis Mesyuarat Agung PKMM Selangor Kali-38
Borhan (tengah) bergambar bersama ahli PKMM selepas meramikan Majlis Mesyuarat Agung PKMM Selangor Kali-38
A
A
A

SHAH ALAM - Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) berharap variasi harga (VOP) dapat dikembalikan semula bagi mengimbangi kenaikan kos binaan sekitar 30 peratus disebabkan rasionalisasi subsidi diesel.

Presidennya, Datuk Mohd Rosdi Ab Aziz berkata, sekiranya kaedah itu tidak dilaksanakan sebahagian besar kontraktor dibimbangi tidak dapat menyiapkan projek-projek mereka dalam tempoh ditetapkan.

"Pada saya itu adalah adil kepada kontraktor, juga kepada kerajaan tetapi sekarang VOP telah dihapuskan kerajaan dan itulah kita minta (semula) dalam keadaan (semasa) sekarang sebagai satu penyelesaian sementara.

"Namun keutamaannya adalah kepada projek-projek dalam pelaksanaan dan sekiranya perkara ini tidak diambil perhatian dalam masa terdekat saya bimbang hasrat kerajaan untuk memastikan projek-projek dirancang tidak dapat disiapkan dalam tempoh ditetapkan," katanya.

Beliau ditemui pemberita pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Selangor Kali-38 di Wisma Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di sini pada Selasa.

Majlis berkenaan dirasmikan Exco Perumahan dan Kebudayaan, Borhan Aman Shah dan turut dihadiri Yang Dipertua PKMM Negeri Selangor, Latif Wagiman dan Naib Yang Dipertuanya, Lt Kol (K) Azwan Maat.

Mohd Rosdi mengulas lanjut berkata, bagi untuk pelaksanaan projek yang baharu PKMM mengharapkan kerajaan membuat semakan semula terhadap kadar jadual kerja atau harga kontrak yang ditawarkan kerajaan.

"Harga tawaran projek tu boleh dinaikkan berdasarkan kenaikan harga bina binaan yang sebenar walaupun angka yang adil adalah kenaikan sekitar 30 peratus.

Artikel Berkaitan:

"Namun adalah lebih adil kepada kerajaan untuk membuat keputusan berasaskan kepada pasaran semasa dan situasi yang dihadapi kontraktor-kontraktor," tambahnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!