Bekas peguam bebas tuduhan pecah amanah RM627,800

Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen pada Rabu melepas dan membebaskan seorang bekas peguam daripada tiga pertuduhan pecah amanah wang berjumlah RM627,800, membabitkan urusan pembelian rumah milik pelanggannya warga Sri Lanka, sejak 2015 sehingga 2016.

Hakim Azrul Darus memutuskan demikian selepas mendapati pihak pembelaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap Ling Lae Feei, 57, di akhir kes pembelaan.

"Setelah mahkamah mendengar keterangan daripada saksi-saksi serta meneliti dokumen-dokumen kes ini, mahkamah memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kesnya melampaui keraguan munasabah ke atas tertuduh.

"Oleh itu, tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada ketiga-tiga pertuduhan,” katanya.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga, Lae Feei didakwa sebagai seorang peguam di sebuah syarikat guaman (ketika itu) telah melakukan pecah amanah wang berkenaan milik Mrinalini Ponnambalam, di sebuah unit pejabat di Bandar Tun Razak, Cheras antara 5 November 2015 hingga 28 Jun 2016.

Lae Feei didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang dari dua tahun dan maksimum 20 tahun dan sebat dan boleh juga dikenakan denda.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amir Hannif manakala peguam Engku Aminuddin Engku Ibrahim mewakili tertuduh.

Seramai empat saksi pembelaan termasuk tertuduh memberi keterangan sepanjang perbicaraan yang bermula pada 18 Mac.- Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!